Thursday, December 8, 2011

Pantun Ikan Kekek Mak Ilui



Ikan kekek Mak Ilui, Ilui
Ikan gelama Mak Ilai, Ilai
Nanti adik Mak Ilui, Ilui
Pulang sama Mak Ilai, Ilai

Tenang-tenang air di laut
Sampan golek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut tersebut
Budi yang baik rasa dijunjung

Ikan kekek Mak Ilui, Ilui
Ikan gelama Mak Ilai, Ilai
Nanti adik Mak Ilui, Ilui
Pulang sama Mak Ilai, Ilai

Dari mana punai melayang
Dari paya turun ke padi
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati

Ikan kekek Mak Ilui, Ilui
Ikan gelama Mak Ilai, Ilai
Nanti adik Mak Ilui, Ilui
Pulang sama Mak Ilai, Ilai

Ikan kekek Mak Ilui, Ilui
Ikan gelama Mak Ilai, Ilai
Nanti adik Mak Ilui, Ilui
Pulang sama Mak Ilai, Ilai

Pantun Bangun Tidur



Bangun tidur ku terus mandi
Tidak lupa menggosok gig
i
Habis mandi ku tolong ibu
Membersihkan tempat tidurk
u

Pantun Lenggang Kangkung



Lenggang lenggang kangkung
Kangkung di tepi sawah
Lenggang lenggang kangkung
Kangkung di tepi sawah

Balik dari menabung
Makan ubi dengan kelapa
Balik dari menabung
Makan ubi dengan kelapa

Lenggang lenggang kangkung
Kangkung di tepi telaga
Lenggang lenggang kangkung
Kangkung di tepi telaga

Balik dari menyabung
Makanlah nasi sahaja
Balik dari menyabung
Makanlah nasi sahaja

Pantun Burung Kakak Tua



Burung kakak tua
Hinggap di jendel
a
Nenek sudah tu
a
Giginya tinggal du
a

Letcum, letcum, Letcum hulala,
Letcum, letcum, Letcum hulala,
Letcum, letcum, Letcum hulala,
Burung kakak tua

Jenis PANTUN

Terdapat banyak jenis pantun yang digunakan untuk menyampaikan maksud tertentu, antaranya Pantun Adat, Pantun Agama, Pantun Budi, Pantun Nasihat dan lain-lain lagi.

Contoh PANTUN ADAT :

1
Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pusaka

2
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang dibuku buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersarang jari sepuluh





Contoh PANTUN AGAMA :

1
Banyak bulan perkara bulan
Tidak semulia bulan puasa
Banyak tuhan perkara tuhan
Tidak semulia Tuhan Yang Esa

2
Daun terap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Yang haram jangan dicuba





Contoh PANTUN BUDI :

1
Diantara padi dengan selasih
Yang mana satu tuan luruhkan
Diantara budi dengan kasih
Yang mana satu tuan turutkan

2
Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin





Contoh PANTUN NASIHAT :

1
Kayu cendana di atas batu
Sudah diikat dibawa pulang
Adat dunia memang begitu
Benda yang buruk memang terbuang

2
Jalan-jalan ke kota Setar
jangan lupa beli sukun
Jika kamu ingin pintar
belajarlah dengan tekun





Contoh PANTUN TEKA-TEKI :

1
Kalau tuan bawa keladi
Bawakan juga si pucuk rebung
Kalau tuan bijak bestari
Binatang apa tanduk dihidung ?

2
Beras ladang sulung tahun
Malam malam menanak nasi
Dalam batang ada daun
Dalam daun ada isi

Bentuk PANTUN

BENTUK PANTUN

Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun empat kerat sehingga ke pantun berkait.


Contoh-contoh pantun DUA kerat :


1

Banyak udang banyak garam

Banyak orang banyak ragam


2

Ada ubi ada batas

Ada budi boleh dibalas


3

Terima kasih daun keladi
Kalau boleh mahu lagi


4

Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa


5

Kura-kura dalam perahu
Pura-pura tidak tahu




Contoh-contoh pantun EMPAT kerat:


1

Burung merbuk membuat sarang,

Anak enggang meniti di paya;

Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.



2
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.



3
Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.










Apakah Itu PANTUN?

PANTUN ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik, ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, mahupun nilai-nilai moral dan sosial.

CIRI-CIRI PANTUN

-Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap.

-Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna.

-Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun.

-Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutamanya syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.

-Lazimnya pantun terdiri dari empat baris dan setiap baris terdiri dari 8-12 suku kata.

- Polanya berakhir dengan pola a-b-a-b dan a-a-a-a (tidak boleh a-a-b-b, atau a-b-b-a).



KEPENTINGAN PANTUN

-Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan)

-Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna

-Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis.

-Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.