Contoh PANTUN ADAT :
1
Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pusaka
2
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang dibuku buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersarang jari sepuluh
Contoh PANTUN AGAMA :
1
Banyak bulan perkara bulan
Tidak semulia bulan puasa
Banyak tuhan perkara tuhan
Tidak semulia Tuhan Yang Esa
2
Daun terap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Yang haram jangan dicuba
Contoh PANTUN BUDI :
1
Diantara padi dengan selasih
Yang mana satu tuan luruhkan
Diantara budi dengan kasih
Yang mana satu tuan turutkan
2
Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin
Contoh PANTUN NASIHAT :
1
Kayu cendana di atas batu
Sudah diikat dibawa pulang
Adat dunia memang begitu
Benda yang buruk memang terbuang
2
Jalan-jalan ke kota Setar
jangan lupa beli sukun
Jika kamu ingin pintar
belajarlah dengan tekun
Contoh PANTUN TEKA-TEKI :
1
Kalau tuan bawa keladi
Bawakan juga si pucuk rebung
Kalau tuan bijak bestari
Binatang apa tanduk dihidung ?
2
Beras ladang sulung tahun
Malam malam menanak nasi
Dalam batang ada daun
Dalam daun ada isi
No comments:
Post a Comment